Seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun ditemui mati di dalam biliknya selepas dipercayai melakukan ”suicide challenge” di sebuah aplikasi viral, lapor Daily Star.
Kejadian yang berlaku di Chile itu menyaksikan mayat kanak-kanak itu ditemui oleh ibu bapanya.
Mereka mendapati bahawa komputer anak lelaki mereka itu terbuka dengan timer tertera pada skrin sekaligus menimbulkan kecurigaan bahawa mendiang berada dalam tekanan untuk menyelesaikan cabaran.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kematian kanak-kanak itu kelihatan seperti bunuh diri namun ia masih belum dapat disahkan oleh penyiasat dan mereka merancang untuk memeriksa telefonnya.
Berkata kepada saluran televisyen tempatan, ibunya mengatakan bahawa pandemik COVID-19 memberikan tekanan yang hebat buat anak lelakinya itu sehingga dia hanya menghabiskan waktu dengan menggunakan media sosial.
Sumber: Daily Star