Siapa yang tidak ingin memiliki berat badan yang ideal, apa lagi tanpa harus bersusah payah dan berkeringat? Tentunya, setiap orang mahu menurunkan berat badan dengan cara yang lebih cepat dan mudah untuk dijalankan. Sebenarnya ini adalah hal yang mustahil, kerana prinsip penurunan berat badan adalah kalori yang masuk harus lebih sedikit dari yang dikeluarkan. Walau yang demikian, ada beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk membantu menurunkan berat badan tapi malas melakukan aktiviti yang berat, seperti dipetik dari Eat This Not That.
1. Memperbanyak rempah-rempah
Memperbanyak rempah-rempah ke dalam makanan yang kita amalkan adalah salah satu cara untuk menurunankan berat badan. Satu kajian dalam jurnal Appetite menemukan, bahawa mengamalkan makan makanan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak akan membuatkan badan menjadi ringan. Memasukkan banyak rempah atau pun herba bebas garam juga memberikan kita kenikmatan makanan yang enak, tanpa menambahkan lemak atau kalori.
2. Lebihkan makan makanan sihat
Menurut penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Marketing, segelintir masyarakat lebih cenderung makan terlalu banyak makanan ringan bungkusan lut sinar daripada yang tidak tembus cahaya. Cara malas menurunkan berat badan, manfaatkan preferensi tersebut dengan mengutamkan makanan sihat dan menyembunyikan makanan ringan yang berkalori tinggi di tempat yang sukar untuk dicapai. Lebih baik lagi, buang makanan ringan yang tinggi gula dan kalori itu dari senarai belanjaan dari awal. Gantilah dengan makanan sihat yang harus kita makan setiap hari.
3. Buang makanan ringan yang tidak sihat
Makanan ringan yang disimpan sama ada di peti sejuk ataupun meja makan membuat kita terliur untuk memakannya. Bahkan, berdasarkan kajian dari PLoS ONE, kemunculan makanan tidak sihat di media sosial atau gambar saja mampu meningkatkan kadar hormon yang membuat kita berasa lapar. Jadi, mangkuk berisi gula-gula, kek, atau bekas kerepek yang tersimpan di tempat yang mudah dilihat harus segera disembunyikan untuk menghindari makan makanan yang berlebihan kalori ketika tubuh sebenarnya tidak lapar.
4. Minum lebih banyak air
Bolehkah menurunkan berat badan dengan hanya meminum segelas air? Ya, boleh. Sebuah kajan yang diterbitkan dalam jurnal Obesity menjelaskan, orang yang minum dua cawan air sebelum makan kehilangan berat badan rata-rata 4,3 kilogram selama 12 minggu. Hal ini boleh terjadi karena air mengenyangkan. Tetapi, para peneliti mencatat, tambahan H20 yang terkandung di dalam air mungkin menggantikan kalori yang dihabiskan untuk minuman yang sarat kalori.
5. Menikmati makanan
Biasakan diri untuk tidak makan dengan terburu-buru dan nikmati saja makanan dengan kunyah perlahan-lahan. Sebab, dengan menikmati makanan dan makan dengan tidak terlalu cepat dapat mencegah makan secara berlebihan.
6. Tidur dengan cukup
Cara terbaik untuk para pemalas yang ingin diet adalah dengan melakukan istirehat atau tidur yang cukup. Satu kajian baru-baru ini menemukan, kurang tidur boleh merosakkan upaya penurunan berat badan sebanyak 55 peratus. Tidur yang tidak cukup atau tidak nyenyak dapat membuat hormon yang mengatur rasa lapar menjadi tidak seimbang. Hormon rasa lapar ( ghrelin) melonjak dan hormon rasa kenyang ( leptin) menurun. Hasilnya, tidur yang tidak berkualiti akan membuat kita sering merasa lapar dan makan lebih banyak.
Sumber- Kompas.com