Siakap Keli
Gambar: New York Post/Google

Pelajar Hidap COVID-19 Dilapor Meninggal Dunia Dalam Bilik Asrama Semasa Jalani Kuarantin, Punca Kematian Disyaki Masalah Paru-Paru

Seorang pelajar kolej dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menjalani kuarantin di biliknya di Grace College pada 30 Oktober lalu.

Lapor New York Post, hasil pemeriksaan mendapati kematian Bethany Nesbitt, 20 berpunca daripada embolisme pulmonari, iaitu penyumbatan saluran arteri di dalam paru-paru. Bagaimanapun, pemeriksa perubatan percaya virus COVID-19 turut menyumbang kepada kematian remaja itu.

“Selepas siasatan dan bedah siasat lengkap, punca kematian telah diputuskan berpunca daripada embolus peparu yang tidak pernah dikesan sebelumnya,” kata Coroner, Tony Ciriello.

“Walaupun COVID memainkan peranan yang menyumbang kepada kematian, ia bukan berpunca daripadanya.”

Pelajar jurusan psikologi itu dikatakan menghidap asthma dan mula menunjukkan simptom pada 20 Oktober lalu dan dimasukkan ke bilik kecemasan selepas kadar oksigen dalam badannya menurun.

Pun begitu, selepas doktor mendapati pelajar itu semakin pulih, dia kemudiannya pulang untuk menjalani kuarantin di bilik.

Susulan itu, keluarga Bethany menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan COVID-19.

“Tolong jangan anggap orang muda tak terkesan dengan virus ini,” kata wakil keluarga itu dalam satu kenyataan.

“Bethany berhati-hati. Dia pakai topeng muka, jaga penjarakan sosial. Kami seru anda ikuti protokol dan langkah berjaga-jaga (disarankan) pegawai kesihatan.

“Kami telahpun membatalkan rancangan percutian keluarga sebelum Bethany sakit. Risiko berkumpul dalam kumpulan besar tidak berbaloi tahun ini.

“Dia seorang yang tidak mementingkan diri dan rakan yang penyayang, penggalak kepada mereka di sekelilingnya,” kata keluarga itu.

Sumber: New York Post

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.