KEPALA BATAS, 5 Nov – Sekolah Kebangsaan Paya Keladi di sini ditutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 11 Nov susulan seorang pelajar positif COVID-19.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad ketika dihubungi Bernama berkata pelajar yang terbabit adalah pelajar tahun enam.
Sekolah itu mempunyai 53 orang guru dan 825 murid.
SK Paya Keladi menjadi sekolah ketiga yang ditutup di negeri ini ekoran terdapat kes positif COVID-19 selepas SK Permatang Janggus dekat Penaga dan SK Seri Sentosa dekat Nibong Tebal masing-masing ditutup selama seminggu pada 1 Okt dan 23 Okt lepas.
— BERNAMA