PUTRAJAYA, 5 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,009 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan kes kumulatif kini terus meningkat ke 36,434 kes, bersamaan 10,503 kes aktif dengan kebolehjangkitan.
Menurut ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, hanya sembilan (9) kes import direkodkan dan selebihnya adalah penularan tempatan.
Kes import iaitu empat (4) warganegara dan lima (5) bukan warganegara iaitu India dua (2) kes, Kazakhstan satu (1), Indonesia satu (1), Korea Selatan satu (1), Nigeria satu (1), Afrika Selatan satu (1), Mexico satu (1) dan Kemboja satu (1).
Sementara itu, terdapat 839 lagi kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah pulih keseluruhan turut meningkat ke 25,654 kes, bersamaan 70.4 peratus.
Maklumat lanjut menyusul.
#COVID19 Terkini. 5 Nov. Kes baharu hari ini 1,009 dan hari ketiga berturut-turut empat angka.
Namun, angka ini masih menepati unjuran KKM. Kes tinggi hasil saringan bersasar terutama di kawasan PKPD.
839 pesakit sembuh, 5 kluster baharu, 6 lagi kematian dilaporkan.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 5, 2020
Sumber: KKM