Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Dukacita, Enam Pertambahan Kes Kematian Baharu COVID-19 Dicatatkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak enam pertambahan kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian terkini di Malaysia adalah sebanyak 277 kes bersamaan 0.8%.

Berikut merupakan ringkasan bagi kes-kes kematian hari ini.

Kes kematian nombor 272 iaitu 35, 367, seorang lelaki Warganegara mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, asma dan penyakit jantung. Beliau meninggal dunia di Hospital Selayang.

Kes 273 iaitu 34, 011 melibatkan seorang lelaki Warganegara berusia 62 tahun mempunyai penyakit darah tinggi, strok dan penyakit Tibi. Beliau meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah.

Kes kematian 274 iaitu nombor 24, 198 iaitu seorang lelaki Warganegara berusia 54 tahun mempunyai latar penyakit darah tinggi, beliau meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Kes kematian 275 iaitu nombor 35, 035 iaitu seorang lelaki Warganegara berusia 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit batu karang. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

Kes kematian 276 iaitu seorang lelaki Bukan Warganegara berusia 80 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan lumpuh anggota. Beliau meninggal di hospital Tawau.

Kes kematian 277 iaitu seorang perempuan Bukan Warganegara berusia 92 tahun. Beliau merupakan Orang Kelainan Upaya dan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story