Memandu merupakan aktiviti yang melibatkan semua deria. Disebabkan itu, memandu dalam keadaan letih dan mengantuk adalah satu tindakan yang bahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menerusi laman Twitter ada berkongsikan satu info berguna tentang amaran-amaran awal keletihan dan cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan daripada letih semasa memandu. Berikut merupakan amaran awal dan tips yang dikongsikan.
Amaran awal letih semasa memandu.
1. Menguap.
2. Mata penat.
3. Gelisah.
4. Terlebih membelok.
5. Tindakbalas perlahan.
6. Bosan.
7. Kurang tumpuan.
8. Mengantuk.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan letih ketika memandu?
1. Berhenti rehat setiap 2 jam.
2. Berhenti apabila penat atau tukar pemandu.
3. Tidur seketika selama 20 minit.
4. Sentiasa minum air yang mencukupi.
Anda letih? Jangan memandu pic.twitter.com/tNMGh0JkXj
— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) November 3, 2020
Pandu cermat, jiwa selamat.
Sumber : JPJ Malaysia