Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

(Video) Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Fungsi Dan Bila Waktu Sesuai Nak Tekan Butang Bersimbol Seperti Ini

Setiap kereta mempunyai butang untuk membenarkan udara dari luar untuk mengalir ke dalam kereta. Lazimnya, ia sering ditutup untuk mengelakkan bauan kurang menyenangkan daripada memasuki kenderaan. Pun begitu, butang ini sebenarnya mempunyai beberapa peranan lain bagi membantu anda memandu dengan lebih selesa.

Mari ikuti tip dan trik penggunaan fungsi tersebut yang dikongsikan oleh Auto Parts Laboratory seperti di bawah.

1. Jika anda merokok dalam kenderaan, aktifkan mod udara luar untuk singkirkan asap dengan lebih cepat.

2. Aktifkan mod ini ketika memandu dalam perjalanan jauh atau di lebuhraya bagi membantu pengaliran oksigen untuk mengelakkan pemandu mengantuk.

3. Aktifkan mod udara luar ketika hujan untuk kurangkan kabus pada cermin tanpa membuka tingkap.

4. Tutup mod udara luar ketika menggunakan pendingin hawa bagi mengelakkan udara sejuk keluar dan udara panas masuk.

5. Tutup mod udara luar ketika trafik sesak bagi mengelakkan asap kenderaan lain masuk ke dalam kereta anda.

Tonton video di bawah:

@auto.parts.laboratory

#carguy #tutorial #fyp #todayilearned #4u #florida #usa #america #washington #losangeles

♬ Nocturnal Jam – Sarah, the Illstrumentalist

Sumber: Auto Parts Laboratory

BACA: (Jangan Terus Percaya Dakwaan “Ada Kelulusan KKM”, Ikut 8 Tip Dikongsikan KKM Ini Sebelum Anda Beli Ubat Online)

Amira

Love yourself.