Padang, Indonesia- Di Padang, Sumatera Barat dipercayai telah di simbah dengan minyak panas oleh suaminya. Akibat dari perbuatan itu, isteri yang ingin digelar Ey itu menderita terbakar di bahagian wajah, bahu dan lengannya. Tidak menerima kenyataan itu, Ey telah melaporkan perkara tersebut di balai polis berhampiran.
Menurut Ketua Polis Tempatan, Rico Fernanda “benar ada seorang wanita dipercayai terlibat dengan kes penderan rumah tangga melaporkan kes” ujar beliau. Ketika memberikan keterangan, Ey memaklumkan yang beliau disimbah dengan acid ketika tidur oleh suaminya. Namun, setelah melakukan siasatan, pihak polis percaya yang Ey sebenarnya disimbah dengan minyak panas.
“Ini dapat dibuktikan melalaui barang-barang yang dijumpai di rumah mangsa ketika melakukan siasatan” kata Rico. Dipercayai suami beliau melarikan diri sabaik sahaja melakukan perbuatan tersebut. Menurut Ey, dia disiram dengan minyak panas oleh suaminya itu kerana cemburu. Tambahnya suami dia memang jenis kuat cemburu, sebelum ini beliau sering juga dicederakan melalui mental mahupun fizikal.
” Selalu sudah saya diugut, malah diugut bunuh juga selalu” kata Ey. Ey mengakui beliau bekerja sebagai peniaga dalam talian dan memanfaat setiap media sosial yang ada termasuk TikTok. Suami beliau dipercayai cemburu dengan mesej-mesej dari pembeli yang dikenali melalui laman media sosial.
Sumber- Kompas.com