Siakap Keli

Kisah Lelaki Ini Nyaris Maut, Sesak Nafas & Sakit Kepala Yang Teruk Lepas Makan Cili Paling Pedas Di Dunia

Boleh dilihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai makanan direka dengan tahap kepedasan melampau untuk memikat selera penggemarnya.

Malah, memakan makan pedas turut dijadikan cabaran di beberapa platform media sosial untuk menguji ketahanan individu dengan tahap kepedasan yang kadang-kala seakan tidak masuk akal.

Sekiranya tidak dikawal, trend memakan makanan pedas secara berlebihan mungkin membawa padah seperti kes yang pernah berlaku pada tahun 2018, di mana seorang lelaki hampir maut apabila mengalami sakit kepala yang teramat dan sesak nafas.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikejarkan ke hospital gara-gara memakan cili paling panas di dunia iaitu Carolina Reaper dalam satu pertandingan memakan cili.

Sakit kepalanya berlangsung beberapa saat, dan akan tiba-tiba menyerang dalam tempoh beberapa hari. Gejala lain termasuk sakit leher yang melampau dan nafas kering (dry heaving).

Hasil imbasan, beberapa saluran darahnya menunjukkan penyempitan teruk di bahagian arteri utama otak, yang didiagnosis sebagai penyebab kepada penderitaan lelaki berkenaan.

Masalah itu disebut sebagai sindrom cerebral vasoconstriction (RCVS) disertai dengan sakit kepala seperti dipanah petir.

Cadangan rawatan bagi menyelamatkan pesakit itu adalah membuang cili yang masih ada dan meletakkannya di dalam pemerhatian. Hanya selepas lima minggu rawatan, saluran darahnya kembali normal.

Kes yang berlaku ini merupakan kali pertama cili digambarkan sebagai penyebab kepada penyempitan saluran darah otak.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengambilan makan pedas yang berlebihan dan kerap boleh menjejaskan sistem penghadaman dan pencernaan selain menyebabkan ulser, radang perut dan buasir.

Jadi, kepada mereka di luar sana yang gemarkan rasa pedaS, sentiasa beringat dan mengambil ikhtibar akan kisah ini supaya tidak memakan pedas secara melampau dan berlebihan kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Sumber: Independent, Twitter KKM Putrajaya