Kebanyakan kita pasti menginginkan percintaan hingga ke hujung nyawa. Melihat pasangan warga emas yang masih bahagia bersama pasti membuatkan kita kadangkala terfikir, “Apa rahsia mereka?”
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah cinta hingga hujung nyawa antara arwah datuk dan neneknya. Kongsi Atin Syu, kedua-dua mereka berkongsi tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia yang sama. Allahyarham Wan Yahya meninggal dunia pada usia 86 tahun manakala isterinya, Allahyarham Wan Zainoon meninggal dunia pada usia 83 tahun.
“Indah sungguh aturan Allah. Cinta hingga hujung nyawa. Sentiasa bersama hingga meninggal dunia.”
Indah sungguh aturan Allah.
Cinta hingga hujung nyawa ❤️☺️
Always be together until the day they die.Lahir pada tarikh yang sama (4 Februari), Meninggal pun tarikh yang sama (3 November) pic.twitter.com/8GGfnWOCYg
— اتين (@atinsyu_) November 4, 2020
“Tak sanggup tinggal atuk keseorangan”
Kongsi Atin, neneknya tetap ingin menjaga datuk yang terlantar biarpun dirinya sendiri kurang sihat. Beliau tetap menjaga suaminya yang terlantar tanpa mengira masa. Namun ujian buat mereka, neneknya disahkan mempunyai kanser usus dan ditahan di wad diikuti datuk yang demam panas.
Atuk sempat minta pelukan dari semua
Tambah Atin, arwah atuknya sempat meminta pelukan daripada semua sebelum meninggal dunia.
“Arwah atuk pun sehari sebelum meninggal, dia minta pelukan dari semua sambil menangis. Dia macam dah tahu nenek saya kritikal sebelum jumpa nenek sendiri kat hospital tu.”
Sentiasa solat jemaah
Ketika ditanya bagaimana mereka mengekalkan hubungan bahagia hingga hujung nyawa, kongsi Atin, pasangan itu sentiasa menunaikan solat jemaah di masjid. Di samping itu, mereka sentiasa makan bersama dan menjaga antara satu sama lain.
“Mereka sentiasa bersama-sama solat jemaah di masjid setiap hari. Hingga atuk saya sakit saraf, tak boleh gerak kaki.
“Yang saya tahu, mereka tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid sehingga mereka uzur. Selalu menjaga satu sama lain, tak ada mengeluh, sentiasa bersama ke mana sahaja,” jawab Atin ketika ditanya Siakap Keli.
“Mereka selalu makan bersama, tak pernah makan kat kedai. Selalunya nenek akan masak.
“Setiap Jumaat pun nenek akan selalu masakkan nasi minyak dan cekodok pisang dan ajak anak cucu cicit semua makan sekali kat rumah dia. Mereka begitu prihatin terhadap kami,” katanya.
“Saya tak pernah tengok atuk tinggikan suara kat nenek. Nenek pulak tak pernah bantah apa yang diminta atuk. Memang akan bincang baik-baik kalau ada masalah,” tambahnya.
Atin juga sempat berkongsi beberapa gambar arwah atuk dan neneknya ketika masih sihat. Sungguh manis kedua-duanya.
I’m sorry, I just can’t move on.. Let me share some pics of them..
Time ni diorang nak belajar pakai phone & trying some baby filter 😆 They’re super duper cute ! pic.twitter.com/uuDDJnHq98
— اتين (@atinsyu_) November 5, 2020
They’ve the most beautiful smile :’) pic.twitter.com/nJo9XiWWIs
— اتين (@atinsyu_) November 5, 2020
This is the last of our happy pictures.. who knows right? 😢
“Sesungguhnya jodoh & maut itu di tangan tuhan”
Sy doakan agar semua dikurniakan jodoh yang baik2 & semoga kita tidak lalai dengan hal dunia. Jgn pernah lupa dari siapa kita dtg dan pergi 😉 pic.twitter.com/GWPFq54Jns
— اتين (@atinsyu_) November 5, 2020
Di kesempatan ni, sy wakil drpd keluarga Wan Zainoon(Nenek) & Wan Yahya(Atuk) ucapkan terima kasih banyak2 atas bantuan & doa yang baik dr korang semua☺️
Semoga kita dirahmati, diberkati dan dipermudahkan urusan oleh Allah❤️
— اتين (@atinsyu_) November 5, 2020
Semoga Allah menempatkan kedua-dua arwah Atuk Wan Yahya dan nenek Wan Zainoon ke syurganya. Mungkin inilah yang sering dikatakan, “Bercinta hingga syurga.”
Sumber: Atin Syu