Bagai terjatuh ditimpa tangga. Itulah perumpanaan untuk keluarga ini di mana 8 orang anak yatim ini tidak dipedulikan oleh ayah kandung mereka sejak kematian ibu tercinta. Kesemua mereka sangat kuat dan tabah menghadapi ujian Allah SWT.
Mereka terlalu muda untuk merima ujian ini namun, siapalah kita untuk menidakkan kehendak Tuhan. Percayalah setiap ujiaan yang diberi pasti ada hikmah disebaliknya.
Jadi, untuk mengambil berkat hari Jumaat ini, sukarelawan, Natipah Abu mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.
**Puan Natipah Abu ini merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan berdaftar dan dipercayai.**
Kisah 8 beradik yang berumur 21 , 19, 17, 15, 13 , 11, 10 dan 9 tahun ini … pernah tular dua tahun lalu. Kematian ibu mereka yang juga seorang ibu tunggal secara tiba-tiba setelah terjatuh dari bilik air itu, telah menjentik hati ramai netizen.
8 beradik ini ditinggal pergi oleh ayah tiga tahun sebelum arwah ibu meninggal. Jodoh keduanya berakhir dan ayah sudah menemui kebahagiaan hidup bersama cinta barunya. Sejak itu … ayah tak pernah lagi peduli tentang makan pakai mereka adik beradik.
“Ayah tak pernah peduli susah payah mereka …”
Semua tanggungjawab sepenuhnya di bahu ibu yang hanya bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan demi membesarkan mereka adik beradik. Bukan sedikit pengorbanan arwah ibu, tidak terungkap betapa tabah dan deritanya arwah ibu mengharungi segalanya sejak ditalakkan.
Sebaik ibu pergi, ramai pihak tampil membantu dan mereka 8 beradik . Bukan sedikit sumbangan kewangan yang diterima oleh mereka. Mereka kemudiannya dijadikan sebagai anak angkat oleh sebuah pondok. Cuma di pondok .. mereka diasingkan lelaki dan perempuan.
Setelah dua tahun berlalu … mereka dirujuk kepada kita untuk bantuan dan dimaklumkan mereka kini hidup sendiri sesama adik beradik di sebuah rumah sewa.
Kewangan semakin genting kerana perlu menyara adik-adik yang masih bersekolah. Sewa rumah juga perlu dibayar. Rupanya, mereka hanya tinggal di pondok selama 6 bulan sahaja sebelum keluar dan menyewa di sebuah taman perumahan.
Bersama ZAKAT KEDAH kita turun menyantuni mereka. Mereka ada menerima wang bantuan dari ZAKAT KEDAH dan JKM. Wang itulah digunakan utk menyara hidup dan persekolahan adik-adik. Hanya seorang saja dalam dalam keluarga ini yang bekerja sampingan di sebuah kedai makan, iaitu adik yang berusia 17 tahun. Yang lain kebanyakan masih di bangku sekolah.
Walaupun ada abang yang berusia 21 tahun tapi atas beberapa sebab, kakak yang berusia 19 tahunlah lebih layak menandatangani surat akuan sebabai penjaga kepada meraka lapan beradik.
Kakak pula ada masalah penglihatan yang sangat serius. InshaAllah .. jika ada rezeki, kita akan cuba merawatnya kelak.
Fobia dengan kisah yang pernah tular .. kita berjanji akan menjaga privasi mereka. Fokus kita hanyalah utk membantu menyelesaikan masalah yg timbul.
Sewa rumah akan dibayar terus kepada tuan rumah. Jika ada lebihan, kita akan membeli barang dapur dan menghantar ke rumah setiap bulan berdasarkan jumlah sumbangan.
Jumaat yang barakah … semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita ..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sumber: Natipah Abu