Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Bantuan Khas RM600 Kepada Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, RM300 Kepada Pesara Kerajaan

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada hari ini, Menteri Kewangan, Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan kewangan RM 600 kepada penjawat awam dengan gred 56 ke bawah dan RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Bantuan tersebut diberikan bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam.

“Tanpa mengenal penat lelah, mereka telah berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” katanya.

Kedua-dua bantuan tersebut akan dibayar pada awal 2021.

Sumber: RTM

BACA: ‘Style’, Kualiti Hi-Fi & Sekat Bunyi Luaran, HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II & ‘Headphones’ HUAWEI FreeBuds Studio Mula Berada Di Pasaran Hari Ini

Sofea

There's always another side to every story