Siakap Keli

TERKINI: Bantuan Prihatin Rakyat, Individu Bujang Bakal Terima RM350

Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan penambaikan kadar bantuan dan kategori penerima.

Bagi kategori bujang berpendapatan RM2,500 ringgit ke bawah bakal menerima BPR sebanyak RM350 ringgit. Had umur kelayakan individu bujang juga diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, di dalam Dewan Rakyat menerusi siaran langsung perbentangan Belanjawan 2021,  sebentar tadi.

Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan 6.5 bilion ringgit berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan 5 bilion ringgit sebelum ini di bawah BSH.

Sumber: Siaran Langsung Belanjawan 2021

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.