Menerusi pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan memaklumkan akan menaikkan kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar daripada 350 kepada RM 500.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia adalah selari bagi menambah baik kebajikan golongan rentan.
Kenaikan kadar ini termasuk dalam peruntukan sebanyak 2.2 bilion ringgit iaitu tambahan sebanyak 700 juta ringgit dan memanfaatkan lebih daripada 400 ribu penerima.
Belanjawan 2021 : Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500#Belanjawan2021#Budget2021#BernamaBudget21 pic.twitter.com/DU0EwJpbx7
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 6, 2020
Sumber: Bernama