Siakap Keli

TERKINI: E-Rebat RM 200 Untuk Isi Rumah Beli Alat Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk Jimat Tenaga Buatan Malaysia

Mneteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi mengumumkan pemberian e-rebat sebanyak RM 200 kepada isi rumah yang membeli alat pendingin hawa atau peti ais jimat tenaga buatan tempatan.

Dibawah program SAVE 2.0 itu, sebanyak RM 30 juta diperuntukkan untuk tujuan berkenaan. Dijangka sebanyak 140,000 isi rumah akan menerima manfaat daripada program ini.

Program SAVE 2.0 diletakkan dibahagian Langkah 3: Pemulihan Alam Sekitar dibawah Strategi 4: Menjamin Kelestarian Sumber dalam Belanjawan 2021.

Dibawah strategi ini, kerajaan berpendapat adalah penting untuk menentukan keseimbangan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar supaya supaya kualiti hidup rakyat Malaysia terjaga selain menjamin legasi generasi akan datang.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.