Siakap Keli

TERKINI: Kadar Elaun Pegawai Bomba Bantuan Dinaikkan Dari RM6 Kepada RM8 Sejam

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kerajaan akan menaikkan kadar elaun RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan mulai 2021.

Ia termasuk dalam langkah untuk meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan serta bagi menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam.

“Kerajaan prihatin aspek kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam lebih-lebih dalam keadaan negara dilanda pandemik COVID-19.

“Anggota barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, anggota bomba, RELA, petugas JKM dan ramai lagi yang telah membanting tulang empat kerat, berkorban juang memerah keringat dengan sepenuh kudrat demi menjamin kesejahteraan kita semua,” katanya.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story