Siakap Keli

TERKINI: Kerajaan Tawar 50,000 Peluang Kerja Secara Kontrak Di Sektor Awam & GLC

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebanyak 50,000 peluang pekerjaan kontrak sektor awam dan GLC di bawah inisiatif MySTEP.

“Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih RM700 juta. Inisiatif ini akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2021,” jelasnya.

Melalui inisiatif ini, 35 ribu peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti jururawat, medical attendant, pegawai kebajikan masyarakat, serta guru sementara.

Manakala syarikat GLC pula akan menyediakan 15 ribu peluang pekerjaan yang mengutamakan bidang teknikal dan kewangan serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perintisan.

 

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story