Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Pengeluaran Akaun 2 KWSP Dibenarkan Bagi Pembelian Insurans Dan Takaful

KWSP akan membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran  akaun bagi pembelian produk insuran atau takaful bagi memastikan pekerja mendapat perlindungan insuran hayat dan penyakit kritikal.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia berikutan kadar penembusan insurans yang rendah di Malaysia dan merupakan faktor yang menggugat keselamatan kewangan individu dan isi rumah.

Kebenaran pengeluaran akaun 2 KWSP itu merupakan strategi kerajaan bagi memelihara kebajikan golongan rentan.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story