Dua individu yang berkayak menghadapi detik-detik mengerikan apabila seekor ikan paus dapat dilihat dari jarak dekat dan hampir menelan mereka diperairan California. Rakaman insiden yang terjadi pada 2 November itu telah menjadi tular di laman sosial.
Salah seorang daripada mereka telah mengeluarkan telefonnya pada waktu itu dan berjaya menangkap pengalaman tersebut di kamera. Sementara rakaman yang ditangkap oleh pendayung lain juga telah banyak dikongsi.
Dalam rakaman klip yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @KlatuBaradaNiko video pendek berdurasi 34 saat itu, perairan yang tenang tiba-tiba ikan paus itu keluar secara tiba-tiba dan menghempap kayak Julie McSorley dan Liz Cottriel.
Talk about a close call!
Two kayakers were almost swallowed by a breaching humpback whale 🐋 off Avila Beach, CA
It capsized the kayak but luckily they are okay
Check it out from two amazing points of view. pic.twitter.com/NnIDxsxyse— ༺❆ᗙ Martin 🏳️🌈 ᗛ❆༻ I voted early 🗳 (@KlatuBaradaNiko) November 5, 2020
Kedua-dua wanita tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber : GulfNews