Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:30 petang melibatkan beberapa negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:
Perlis
Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
Perak
Kelantan: (Jeli)
Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
W.P Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin)
Melaka: (Alor Gajah dan Jasin)
Johor: (Tangkak, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
#ributpetirmetmalaysia #metmalaysia pic.twitter.com/IV5nr9D0CP
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) November 6, 2020
Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini diminta supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia