Siakap Keli
WILMINGTON, DE - NOVEMBER 04: Democratic presidential nominee Joe Biden, joined by vice presidential nominee Sen. Kamala Harris (D-CA), speaks one day after Americans voted in the presidential election, on November 04, 2020 in Wilmington, Delaware. Biden spoke as votes are still being counted in his tight race against incumbent U.S. President Donald Trump which remains too close to call. Drew Angerer/Getty Images/AFP == FOR NEWSPAPERS, INTERNET, TELCOS & TELEVISION USE ONLY ==

Biden Belum Sedia Umum Kejayaan, Namun Yakin Di Ambang Kemenangan

WASHINGTON, 7 Nov – Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata belum bersedia mengumumkan kemenangannya pada pilihan raya AS 2020 namun, yakin akan memenangi pertarungan itu, mungkin dengan lebih 300 undi elektoral, lapor Agensi Sputnik.

“Kami belum mempunyai pengisytiharan rasmi kemenangan. Tetapi keputusan yang ada setakat ini jelas dan meyakinkan: kami akan memenangi perlumbaan ini,” kata Biden dalam ucapannya.

Calon Demokrat itu berkata kemenangan diperoleh di Arizona, Georgia, Pennsylvania dan Nevada.

“Kami berada di landasan kukuh untuk memperoleh lebih 300 undi elektoral,” tambahnya.

Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk memenangi pilihan raya presiden.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.