Siakap Keli
Gambar: FAIZ IBERAHIM

Buat Sendiri Lagi Berbaloi, Lelaki Ini Kongsi Resipi ‘Homemade’ Ala-Ala Burger Prosperity

Kadang-kadang tekak terasa nak makan burger ala-ala McD kan, tetapi waktu sekarang susah nak keluar beli. Ye lah sekarang ni kan banyak kawasan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masa pun terhad. Jadi apa kata kalau kita belajar untuk buat ‘burger’ kesayangan orang ramai tu.

Perkongsian resipi menarik ni daripada Faiz Fitri menerusi Group Suami Masak Apa Hari Ini. Dah ‘sah-sah’ rasa teringin tu hilang hanya duduk di rumah.

“Trobek (throwback) sikit aku buat homemade prosperity. Aku rasa mcm lagi sedap je dari yang ori”

Bahan-bahan

1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu.
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk+tumbuk
8. Butter 2sb
9.sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11.garam secukup rasa

Cara-cara

1. Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap..

2. Uli daging ramly dan bentukkan cam bentuk roti (refer gambar)


3. Goreng daging dulu (cucuk-cukuk dengan garfu)

Untuk sosnya pula…

1. Panaskan butter 2sb dan masukkan tepung gandum.. kacau smpai jadi gold..

2. Masukkan air 1 gelas dan kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap dan garam.. masak sampai pekat mana korang nak..

3. Celupkan daging yang dah goreng tadi..

4. Letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.

Siappppp..

 

Sumber: Mohd Faiz Fitri Iberahim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.