Siakap Keli
Gambar Via Google

Kanak-Kanak Dijangkiti COVID-19 Dilapor Meninggal Dunia 15 Jam Selepas Keluar Dari Hospital

Seorang kanak-kanak 5 tahun dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19 dalam tempoh 15 jam selepas dibenarkan pulang dari hospital, lapor Irish Mirror.

Menurut ibunya, kanak-kanak itu telah jatuh sakit pada Selasa lalu dan mula tidur dalam tempoh waktu yang lama. Dia telah dibawa ke hospital pada Khamis setelah mula muntah.

Disebabkan dia tidak mengalami gejala COVID-19 yang biasa seperti demam atau batu, ibu bapanya tidak mengesyaki bahawa dia telah terkena COVID-19.

Walaupun doktor telah memberi jaminan bahawa dia boleh keluar dari hospital dan akan baik-baik saja, kanak-kanak tersebut semakin lemah sepanjang malam.

Mendiang didapati tidak bernafas dan tidak sedarkan diri ketika diperiksa oleh ibunya pada pukul 3 pagi.

Masih lagi berduka dengan pemergian kanak-kanak itu, ibunya berkongsi perasaan sedihnya di Instagram.

“Hati saya sangat kosong, bagaimana saya boleh tidur pada waktu malam? Saya sudah kehilangan cinta hati saya,” katanya.

Kajian oleh British Medical Journal mendapati bahawa 1% kanak-kanak dan orang muda yang dimasukkan ke hospital UK dengan mempunyai COVID-19 meninggal dunia antara Januari dan Julai.

Sumber: Irish Mirror

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.