Seorang pemandu teksi dilapor melecur teruk ketika dia menyalakan sebatang rokok setelah membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer.
Lelaki 42 tahun itu baru sahaja menurunkan pelanggan ketika dia membersihkan tangannya sebelum menyedari bahawa terdapat satu pemetik api yang ditinggalkan di tempat duduk belakang.
Dia dipercayai cuba menguji pemetik api itu untuk melihat sama ada ia berfungsi atau tidak, sejurus selepas itu cecair yang masih basah di tangannya menyala menjadi ‘bola api’ yang merebak hingga ke kaki dan kepala.
Pemandu teksi itu mengalami kesan luka terbakar yang agak teruk sehingga menyebabkan banyak operasi dan cantuman kulit dilakukan dalam tempoh tujuh minggu.
“Saya menyedari ada pemetik api di tempat duduk belakang, saya baru sahaja mensanitasi tangan dan mengambil pemetik api itu untuk melihat apakah ia berfungsi namun kemudian tangan saya menyala dan merebak sehingga ke wajah serta kepala,” katanya.
Hand sanitizer tersebut diperbuat daripada pelbagai campuran yang dibelinya sejak beberapa bulan lalu dan dimasukkan di dalam satu botol lain untuk disimpan di dalam keretanya.
Lelaki tersebut kini tidak dapat bekerja kerana kecederaannya itu dan satu tabung telah diwujudkan bagi membantunya meringankan beban kewangannya dalam waktu-waktu yang sukar ini.
Sumber: Mirror