Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden di atas kemenangannya dalam pilihan raya A.S hari ini. Seperti yang sedia maklum, Joe Biden telah berjaya mendapat undian yang tertinggi sekaligus mengalahkan presiden sebelum ini, Donald Trump.
Dalam kenyataan media itu juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap agar Malayasia dapat terus memperkukuh kerjasama antara dua negara ini di bawah pimpinan yang baru, Joe Biden. Beliau juga berharap agar dapat bertemu dengan Joe Biden secara pribadi jika diberikan peluang. Semoga presiden terpilih memperoleh kejayaan besar dalam mentadbir negara sebagai presiden yang baru.
Sumber- Bernama