Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa semua murid sekolah Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta murid Kolej Vokasional akan kembali ke sekolah pada 20 Januari 2021.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 tetap akan memulakan pembelajaran pada waktu yang sama tetapi secara home based learning.
Baca: TERKINI – Semua Sekolah Seluruh Negara Ditutup Hingga Cuti Akhir Tahun 17 Disember
Oleh itu, mereka akan kembali ke sekolah seperti biasa untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
”Bagi murid sekolah menengah Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama (20 Januari 2021).
”Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara ‘home based learning’ mengikut kesesuaian guru dan murid.
”Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021,” katanya.
Sumber: Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan