Sebuah kemalangan berlaku di Kilometer 381.49 arah Utara di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) melibatkan sebuah treler simen terbabas dari arah Bukit Besi ke Ajil awal pagi tadi.
Menurut info trafik daripada LLM Trafik berkata lorong kecemasan dan liri kiri ditutup kerana muatan simen tersebut menutup kedua lorong tersebut. Bagaimanapun, cuca yang sangat baik untuk proses mencuci dijalankan.
Tafik masih terkawal. Kepada orang ramai yang melalui lebuhraya tersebut diminta untuk berhati-hati bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
8.15am LPT2@E8 : Kemalangan melibatkan sebuah treler terbabas di Km 381.49 arah Utara , Bukit Besi ke Ajil. Lorong kecemasan dan lorong kiri ditutup. Cuaca baik. Trafik masih terkawal. pic.twitter.com/9F3QPxTI2x
— LLM Trafik 🇲🇾 (@LLMinfotrafik) November 8, 2020
Sumber: LLMTRAFIK