Siakap Keli
Kredit gambar: Google

“Allah Bagi Nikmat Jadi Ibu, Lepas Tu Dia Ambil Balik”, Siti Elizad Keguguran

Walaupun kita telah berusaha, namun takdir Tuhan itu lebih berupaya mengatasi segala-galanya.

Berbagai-bagai kisah manusia diuji yang selalu kita dengar, salah satu ujian berat yang amat menduga hati seorang wanita, isteri dan bakal ibu ialah hamil.

Mungkin anda sedia maklum tentang pelakon dan penyampai radio terkenal, Siti Elizad Sharifuddin yang baru sahaja menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar untuk kehamilan, baru-baru ini.

Tiba saat diduga

Bagaimanapun, insan ini diduga sekali lagi apabila dikhabarkan dia mengalami keguguran, sekaligus membuatkan usahanya itu menemui kegagalan.

Perkhabaran duka itu dikongsi melalui satu hantaran di laman Instagramnya hari ini.

“Allah bagi rasa nikmat jadi ibu tu minggu lepas. Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.

“Dimaklumkan mengandung minggu lepas. Masya-Allah dia punya ‘happy’ tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat & berlaku pendarahan.

“Tak tahu nak gambarkan macam mana. Terduduk seketika,” kata hantaran tersebut.

Takkan pernah mengalah

Meskipun diuji sedemikian rupa, namun nalurinya sebagai wanita dan ibu tidak pernah padam.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzhon, bersangka baik. Saya tidak akan menyerah kalah. Saya akan sentiasa positif dan terus berdoa.

“Jumpa lagi doktor pada Januari 2021. Terima kasih kepada mereka yang sangat-sangat menyokong dan mendoakan perjalanan IVF saya,” tambahnya lagi.

Sumber: Instagram

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.