Siakap Keli
Gambar Via Mirror

Baru Lepas Lahirkan Anak, Anjing Didakwa Dirogol Beramai-Ramai Dan Ditikam 30 Kali Hingga Mati

Seekor anjing didakwa telah cedera teruk selepas dirogol beramai-ramai dan ditikam sebanyak 30 kali, lapor Mirror.

Anjing itu ditemui di jalan di Bogota, Columbia pada 1 November lalu dengan keadaan yang sangat menyedihkan.

Ia diselamatkan dan dibawa ke klinik haiwan namun malangnya disahkan telah mati.

Haiwan itu juga dilaporkan baru sahaja melahirkan anak ketika kejadian itu berlaku.

Seorang penduduk yang menemui anjing itu berkata ia cedera parah dan berada dalam keadaan lemah.

Gambar Via Mirror

Seorang wanita di Facebook mendakwa anjing itu didera secara seksual dan ditikam berkali-kali oleh beberapa individu.

“Mereka menghancurkan alat kelaminnya, menikamnya hampir 30 kali, memukulnya dan menyebabkan kecederaan teruk yang lain, anjing itu tidak mampu menanggung kesakitan tersebut” katanya.

Gambar Via Mirror

Tambahnya lagi, tidak terluah segala perasaan sedih dan kecewa apabila mengetahui bahawa haiwan itu telah mati.

Menurut Mirror, anjing itu bukan yang pertama mati disebabkan oleh serangan sedemikian di negara tersebut. Sebelum ini, anak anjing mati dalam keadaan sama di wilayah Quinchia.

Sumber: Mirror

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.