Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dukacitanya memaklumkan bahawa terdapat 8 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini (9/11/2020).
8 Kes kematian yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian berkaitan COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 294 secara keseluruhannya.
Kesemua kes kematian yang dicatatkan hari ini melibatkan 2 bukan warganegara dan 6 warganegara.
7 kes daripadanya dilaporkan di Sabah manakala 1 lagi di Labuan.
Daripada 8 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini, salah satu daripadanya adalah merupakan bayi lelaki berusia 1 tahun.
Bayi tersebut dilaporkan mempunyai penyakit jantung berlubang, Sindrom Down serta hipotiroidisme dan telah meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.
Bayi berkenaan juga merupakan kes positif COVID-19 yang ke 31,272.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terkesan daripada kes kematian pada hari ini.
8 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 2 BWN dan 6 WN. 7 kes dilaporkan di Sabah dan 1 di Labuan.
Jumlah kematian COVID-19; 294.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/6fBqonkE5z
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 9, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia