Siakap Keli
Gambar via Google

Kafein Punca Gejala Sakit Perut Selepas Minum Kopi? Ini Faktor & Tips Mengatasinya

Kopi menjadi minuman yang terkenal bagi sesetengah golongan masyarakat di seluruh dunia di mana ia mempunyai manfaat dan keburukan yang tersendiri kepada kesihatan tubuh badan individu.

Kopi menjadi menu utama sekiranya individu mengalami stress dan ingin mengelakkan keletihan semasa dan selepas melakukan sesuatu perkara. Malah, sesetengah individu mengalami gejala sakit perut setelah pengambilan kopi di dalam rutin harian mereka.

Gambar via Keluarga

Terdapat beberapa perkongsian oleh Detik Health berkaitan kandungan kopi yang menyebabkan sakit perut:

  1. Kafein

Kafein memainkan peranan dalam membantu memberikan tenaga meskipun ianya akan meningkatkan sistem pencernaan terutama usus bahagian bawah. Bahkan, ia juga meningkatkan penghasilan asid di perut jika individu mempunyai sebarang penyakit perut.

  1. Asid kopi

Sakit perut boleh terjadi disebabkan kandungan asid yang terdapat di dalam kopi. Hal ini, sekiranya pengambilan kopi diambil setelah makan, asid akan mulai bertindak bagi memecahkan makanan sehingga dapat dicerna melalui usus.

  1. Zat dalam bahan tambahan

Contoh bahan tambahan yang terdapat di dalam kopi seperti gula, susu, krim dan sebagainya. Bahan seperti gula dan susu boleh menyebabkan individu mengalami gejala sakit perut seperti kembung, cirit-birit dan seumpamanya.

Untuk memastikan pengambilan kopi tidak menganggu kesihatan anda terutamanya gejala sakit perut, berikut beberapa tips mudah yang boleh anda amalkan:

  1. Minum kopi secara perlahan-lahan supaya perut selesa.
  2. Elakkan minum kopi ketika perut kosong.
  3. Hindari minum kopi panas kerana mengandungi asid yang tinggi.

Sumber: Detik Health