Jumlah kes positif jangkitan COVID-19 di dunia kini dilaporkan sudah melepasi 50 juta kes.
Amerika Syarikat kekal menduduki negara tertinggi kes positif dengan 9.9 juta kes, diikuti India (8.5 juta), Brazil (5.6 juta), Perancis (1.8 juta) dan Russia (1.7 juta).
Data yang dikeluarkan oleh John Hopkins University itu juga mencatatkan, kira-kira lebih 1.2 juta kes kematian turut direkodkan setakat hari ini.
Sementara itu di Asia Tenggara, Indonesia kekal mencatatkan kes positif tertinggi dengan lebih 437,000 kes serta lebih 14,000 kematian.
Tidak kurang juga, jumlah kes positif COVID-19 yang direkodkan di negara ini telah mencapai angka 40,209 dengan 852 kes baharu semalam.
Terbaharu, Majlis Keselamatan Negara menerusi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada kelmarin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang bermula hari ini sehingga 8 Disember depan.
Sumber: ABC News, John Hopkins University, Worldometer, KKM