Siakap Keli
Gambar: Bernama

Musim Tengkujuh Diramal Bermula Rabu Ini Hingga Mac 2021, 4 Hingga 6 Episod Hujan Lebat Dijangka Berlaku

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis permulaan Monsun Timur Laut 2020/2021 yang dijangka bermula pada 11 November 2020 dan berakhir pada Mac 2021.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan fasa awal Monsun Timur Laut yang bermula dari November sehingga Disember 2020 ini dijangka bermula dengan episod hujan lebat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sementara itu episod hujan lebat yang berlaku bertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak pula akan dijangka bermula mulai Januari 2021.

Manakala fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka bermula Januari 2021 akan menyebabkan cuaca kering di negeri-negeri di utara Semenanjung (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Kelantan.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat secara berterusan untuk tempoh beberapa hari akan boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

Tambahan lagi, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Sehubungan dengan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan jabatan itu.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.