Siakap Keli
Gambar Via Zakat Pulau Pinang

Pusat Zakat Kongsi Abang ‘Grab Food’ Ni Tiap-tiap Bulan Datang Berzakat, Mulut Tak Putus-putus Doa Kebaikan Orang

Seperti yang diketahui, setiap umat Islam sentiasa diseru untuk melakukan kebaikan, bersedekah dan menunaikan zakat.

Bukan sahaja untuk mendapatkan ganjaran pahala malah memperoleh rahmat dari Allah SWT.

Walaupun tiada harta kekayaan yang melimpah ruah, berzakatlah selagi termampu agar dapat membantu insan lain yang lebih memerlukan.

Sama dengan seorang penghantar makanan ini yang tidak pernah putus untuk berzakat dan mendoakan kebaikan buat setiap orang.

Menerusi kiriman di Facebook Zakat Pulau Pinang, lelaki tersebut sememangnya sering membayar zakat pendapatan.

Allahuakbar… Admin perasan mulut dia tak putus-putus doakan kebaikan orang…

Brother Grab ni datang lagi sekejap tadi !!! Aritu dia dah datang dah. Kali ni dia tambah lagi sikit-sikit zakat dia.

‘Abang Assalamualaikum’ kawan-kawan Grab dia panggil dia. Time tunggu order, baca Quran kejap member-member grab cerita.

Kita doakan kesihatan dia pulak. Moga zakat yang dia dan kita semua bayaq, jadi asbab Allah lindung kita selalu. Ameen… 

Gambar Via Zakat Pulau Pinang

Sumber: Zakat Pulau Pinang

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.