Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 1,345 Kes Sembuh, 972 Kes Baharu COVID-19 Dan 8 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 972 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 972 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 41,181 kes secara keseluruhan.

Daripada 972 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 967 merupakan kes tempatan manakala 5 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 11,308 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 86 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 31 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,345. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 29,579 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 8 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 294 kes atau bersamaan dengan 0.7% secara keseluruhannya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.