Siakap Keli
Gambar: Trevor Donovan

(Video) Mungkin Berguna Pada Waktu Kecemasan, Cara Tampal Tayar Guna ‘Cacing’ Yang Pemandu Perlu Tahu

Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami masalah tayar dimasuki paku atau benda-benda tajam.

Masalah tersebut kemudiannya boleh menjerumus kepada kekurangan angin dalam tayar yang seterusnya boleh menyebabkan tayar menjadi pancit.

Walaupun boleh hanya pergi ke bengkel untuk menampalnya, namun bagaimana pula sekiranya waktu itu adalah hari cuti dan kebanyakan bengkel tidak beroperasi ?

Oleh yang demikian, sebuah video yang dikongsikan oleh satu akaun Facebook bernama Trevor Donovan ada menunjukkan cara-cara mudah untuk membetulkan tayar yang dimasuki paku, skru dan sebagainya dengan mudah.

Dengan menggunakan alatan tersebut, tayar tersebut boleh ditampal dan digunakan semula seperti biasa. Pun begitu, langkah-langkah yang dilakukan perlulah dibuat dengan teliti supaya tiada kebocoran lain yang berlaku. Setelah siap memasukkan ‘cacing’ ke dalam tayar yang bocor, adalah lebih baik untuk memastikan tayar tersebut tidak lagi bocor dengan menggunakan semburan air.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti cara-cara yang diterangkannya di dalam video seperti berikut:

Anda juga tidak perlu risau untuk mendapatkan alatan seperti di dalam video kerana anda boleh mendapatkannya di SINI.

Sumber: Trevor Donovan

Aqmal Ezany

I write what is right