Siakap Keli

(Video) “Nanti Kita Wat Mari Heli Sini, Bereh?”, Sahabat Arwah Irfan F. Rawi Kongsi Kenangan, Helikopter Pernah Jadi Tatapan Jemaah Surau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam kita ditangisi dengan tragedi memilukan hati dua helikopter dilapor terhempas dalam satu nahas yang berlaku di Taman Melawati, Ampang.

Berdasarkan laporan media, dua individu iaitu Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom dilapor terkorban, manakala dua lagi individu iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Wendy Tan Chai Elan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, kedua-dua helikopter terlibat adalah daripada jenis Guimbal Cabri G2 dengan nombor pendaftaran 9M-HCA dan 9M-HCB, didaftarkan di bawah MY Heli Club.

Hari ini, seorang sahabat Allahyarham Irfan Fikri, iaitu Ahmad Samhan berkongsi satu kenangan manis bersama bersama arwah mengenai helikopter tersebut.

Rupa-rupanya, jentera itu pernah menjadi tatapan para jemaah di sebuah surau dalam satu program dakwah yang dianjurkan pada tahun lepas.

Ikuti perkongsian ini.

Kredit gambar: Ahmad Samhan

“Kalau ada program di surau nanti kita wat mari heli sini, bereh?”

“Aaa molek, memang surau kita ada program grand nanti,”

“Ok kira jadi! Apa-apa kawe update ko demo.”

Alhamdulillah program tersebut berjaya. Anak-anak kariah surau gembira dapat bergambar dengan helikopter.

Now ambo tak boleh jumpa demo lagi. Sahabat-sahabat surau sini amat terasa akan kehilangan demo.

Allah lebih menyayangi demo, Irfan F. Rawi.

Ucapan takziah daripada kami jemaah Surau Al-Ikhwan untuk keluarga arwah.

*إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
*Innalillahi wa inna ilaihi raji’un*
‎ *اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف*
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”*
*”Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia..”*
Berikut adalah program surau yang pernah menjemput arwah menjalankan pameran helikopter:-
Kredit: Ahmad Samhan

 

 

Sumber: Ahmad Samhan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'