Siakap Keli
Kredit gambar: Wan LuQman

Abang Runner Ni Kehulu-kehilir Bawa Petrol Ketika “On Job”, Sedekah Untuk Runner Lain Kehabisan Minyak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah dengar tak orang kata, hari ini kita susah orang bantu kita, nanti esok orang lain susah kita pulak kena bantu?

Bunyinya macam tiada makna apa-apa, tapi sebenarnya itu salah satu cara kita ‘berterima kasih’ dengan Tuhan atas pertolongan yang pernah diberiNya dahulu.

Pendek kata, kitaran pertolongan sesama manusia itu akan berpusing dengan lancar, barulah terbukti bahawa hidup manusia ini memang saling memerlukan.

Baru-baru ini, Wan LuQman ditakdirkan bertemu dengan seorang penghantar makanan (delivery rider). Ada satu peristiwa yang sungguh menginspirasikan tentangnya. Mari ikuti cerita ini.

Runner bawa petrol, bersedia nak bantu runner lain

Kredit gambar: Wan LuQman

Tengah hari ni ada satu short notis order. Customer nak sambut birthday. Kita pun request la runner thru apps.

Datanglah hamba Allah ni runner yang pickup job, Junaidi namanya. Tanya dia,

“Apa benda air merah dalam botol tu?”

Dia cakap, “Petrol bang,”

“Banyaknya, bawak bekal petrol ke? hehe,”

“Lebih kurang la bang, hehe. Kadang-kadang runner lain nak petrol ke kan,”

“Oh awak jual petrol on the go ke runner-runner la kiranya ya?”

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

“Taklah bang, saya bagi (dan) sedekah je bang. Mana-mana runner tersadai tepi jalan petrol habis, saya tolong tuang petrol,”

“Kenapa tak jual?”

“Tak, saya bagi free je. Sebab dulu saya pun pernah kena petrol habis dan ada orang tolong saya bagi petrol. Jadi saya nak balas balik, nak buat macam ni kat orang lain balik,”

“Masya-Allah. Saya doakan semoga Allah berkati dan curah rahmat ke atas diri awak dan pekerjaan awak. Perbuatan mulia ni, Allah dan rasul cukup suka orang macam ni,”

Tengok petrol tu warna merah, warna merah tu RON97 ye kawan-kawan. Minyak mahal tau.

Sebarkan kebaikan supaya orang lain terikut untuk melakukan kebaikan. Tak rugi tau buat benda baik ni, Allah dan rasul sayang kat kita.

Tak rugi jadi orang baik. Jangan risau dan susah hati bila kebaikan kita tidak dibalas. Bila Allah balas, jauh lebih baik daripada balasan manusia lah ye.

Makanan yang dihantar | Kredit gambar: Wan LuQman

Sumber: Wan LuQman

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.