Siakap Keli

Bukan Sekadar Fesyen, Jam Tangan Lasak Ni Tahan 7 Tahun & Boleh ‘Survive’ Walau Jatuh Dari Ketinggian

Jam tangan merupakan satu keperluan, tidak kira siapapun anda. Dari seorang pelajar hinggalah seorang doktor, saintis ataupun kontraktor, jam tangan diperlukan sejak dahulu kala untuk menentukan ketepatan masa. Malah, sejarah penciptaan awal jam tangan juga menunjukkan betapa pentingnya peranti ini dalam kehidupan manusia.

Menurut catatan, masyarakat pada zaman dahulu lazimnya menggunakan jam poket untuk melihat masa. Ia kemudiannya diubah menjadi jam tangan sebagai aksesori fesyen yang hanya dipakai oleh wanita.

Disebabkan saiznya yang kecil, orang ramai hanya menganggapnya sebagai sekadar hiasan yang tidak mampu menunjukkan masa yang tepat. Pun begitu, segalanya berubah sejak perang dunia pertama, WWI yang berlaku pada 1914.

Ketika peperangan, salah seorang tentera mendapati tindakan menggunakan jam poket untuk melihat masa adalah sukar ketika melakukan serangan. Justeru, beliau telah mengemukakan cadangan kepada pihak atasan untuk mengikat jam poket pada pergelangan tangannya sekaligus menjadi ilham penciptaan jam tangan lasak untuk kegunaan ketenteraan.

Koleksi jam tangan yang dipercayai milik tentera ketika Perang Dunia Pertama yang dilengkapi pelindung serpihan

Selepas peperangan, pemakaian jam tangan menjadi simbol keberanian dan moral di mana individu yang memakai jam dilihat sebagai seorang yang mempunyai kesedaran masa.

Malah kini, ia menjadi simbol status dan dikaitkan dengan personaliti seseorang misalnya, di mana individu yang gemarkan aktiviti ekstrem lebih cenderung memakai jam tangan lasak.

Bercakap tentang jam tangan lasak, pastinya jenama Casio akan terlintas di fikiran.

Diperkenalkan buat pertama kali pada 1983, jam tangan G-shock oleh Casio mungkin boleh menjadi antara ‘jam tangan lasak yang sesuai dipakai dalam pertempuran’ jika ia dicipta lebih awal.

Terbaru, Casio mendatangkan jam tangan mereka, GA-900 yang bukan sahaja lasak, tetapi boleh menjadi medium ekspresi diri melalui fesyen jalanan (streetwear) dengan enam warna menarik.

Selain itu, baterinya juga mempunyai jangka hayat yang lama iaitu selama 7 tahun selain boleh bertahan walau jatuh daripada ketinggian.

Didatangkan dengan tali yang boleh ditukar dan kemasan bezel 10 sisi bersama empat skru, jam tangan ini sesuai untuk dipakai semasa melakukan kerja berat mahupun dipadankan dengan gaya jalanan anda.

Gambar: Lucaseelau
Gambar: Naim Fadhli

Kali ini, sempena promosi 11.11, anda berpeluang mendapatkan diskaun sehingga RM111 khusus untuk pembelian jam tangan G-Shock GA-900 dari Lazada, Shopee dan Marco Online Store bermula 10 November sehingga 12 November ini.

Anda juga bakal mendapat hadiah percuma T-shirt edisi terhad dengan setiap pembelian jam tangan GA-900 di laman di atas.

Gambar: Rosyulina

Jadi tunggu apa lagi? Cepat-cepat dapatkan jam tangan G-Shock GA-900 idaman anda sementara promosi masih berjalan.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.