Siakap Keli
Gambar Via The Guardian

COVID-19: Harapan Untuk Seluruh Dunia, Vaksin Dengan 90 Peratus Keberkesanan Dilapor Ditemui – Kajian

Dunia kini mempunyai harapan untuk mendapat vaksin COVID-19 yang berkesan apabila ujian dari Pfizer dan BioNTech menyaksikan 90% keberkesanan dalam melindungi orang ramai dari jangkitan virus tersebut.

Menurut The Guardian, vaksin ini jauh lebih baik daripada yang diharapkan oleh kebanyakan pakar dan ia menunjukkan potensi untuk mengakhiri pandemik yang membunuh jutaan orang ini.

Data tersebut merupakan dari analisis sementara dan ujian akan berterusan hingga bulan Disember.

Profesor perubatan Regius di Universiti Oxford, John Bell, yang terlibat dengan vaksin Oxford mengatakan bahawa pasukan Pfizer telah menunjukkan tahap keberkesanan yang luar biasa.

Pembuatan vaksin tersebut kini sudah dijalankan. Pfizer mengatakan bahawa mereka berharap dapat memberikan hingga 50 juta dos vaksin di seluruh dunia pada tahun 2020 dan hingga 1.3 bilion dos pada tahun 2021.

Setakat ini, tidak ada masalah keselamatan mengenai vaksin dengan kedua-dua syarikat tersebut tidak melaporkan kesan sampingan yang serius.

Ujian fasa 3 telah melibatkan lebih 43, 000 orang dan bertujuan untuk memastikan sama ada vaksin itu berfungsi.

Sumber: The Guardian 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.