Siakap Keli
Gambar via SCMcrocodile

Lelaki Ubah Suai Siling Kedai Supaya Kucing Peliharaan Dapat Lihat Tuannya Bekerja

Disebalik kebanyakan kedai menggunakan peranti kamera keselamatan, berlainan pula bagi sebuah kedai terletak di Taiwan ini yang menggunakan beberapa ekor kucing yang memerhati.

Seorang lelaki yang juga pemilik kedai telah mengubah suai siling kedainya menjadi cermin supaya kucing peliharaan dapat memerhatikan gerak gerinya daripada atas bumbung.

Pengguna Twitter SCMcrocodile telah berkongsikan beberapa foto yang memaparkan kucing sedang memerhatikan dari atas siling dengan reaksi yang mencuit hati.

Disebabkan tabiat mereka yang suka memerhati dari sudut berkenaan, ia memaksa para pelanggan untuk melihat perut kucing-kucing tersebut menerusi cermin itu.

Sehingga kini, kiriman tersebut mendapat puluhan ribu ulangsiar dan komen lucu daripada warganet.

Sumber : SCMcrocodile, The Dodo

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.