Siakap Keli
Gambar via Google

McDonald Akan Melancarkan “McPlant”, Burger Khusus Untuk Vegetarian

Pada tahun 2021, McDonald dilapor akan melancarkan satu produk baru iaitu “McPlant” di mana ianya merupakan burger berasaskan tumbuhan, khusus untuk vegetarian.

McDonald tidak ingin ketinggalan untuk bersaing dengan Burger King, yang pertama kali melancarkan burger versi vegetarian yang digelar “Whopper” pada April 2019 di Amerika Syarikat.

McDonald juga telah menguji burger nabati di Kanada dengan Beyond Meat, sebuah syarikat sebagai pengganti daging vegan.

Syarikat Beyong Meat dan Impossible Burger telah mengembangkan produk mereka yang menyerupai daging dengan rasa, tekstur dan warna menggunakan soya.

McDonald akan berhubung dengan pembekal pihak ketiga dan tidak menyatakan pihaknya itu untuk  memperbaharui kerjasama dengan syarikat Beyong Meat.

Pada bulan September 2019, McDonald telah memulakan kerjasama dengan Beyond’s P.L.T burger di barat daya Ontario, Kanada.

McDonald memberitahu bahawa pihaknya juga sedang mempertimbangkan pengganti bagi nabati untuk produk ayam dan sandwich, sarapan telur serta daging.

“Kami sangat gembira dengan peluang ini kerana kami yakin kami mempunyai produk yang terbukti dan sedap,” Kata Lan Borden.

Malah, syarikat tetap meneruskan item klasik mereka di dalam menu agar memberi penekanan baru pada produk berasaskan ayam turut berkembang lebih cepat daripada pasaran produk berasaskan daging lembu.

Sumber: Mothership