LONDON- Penemuan koleksi mainan Star Wars yang dianggarkan bernilai $525 000 (RM2.1 juta) di dalam plastik sampah disambut gembira oleh pasangan dari UK.
Menurut The Times, barang tersebut dikumpul selama sedekad dan ditinggalkan oleh jiran mereka.

Pasangan dari Stourbridge di tengah England tidak mengetahui tindakan yang perlu dilakukan terhadap barang tersebut seperti koleksi patung dan kapal angkasa. Berikutan itu, anak daripada pasangan tersebut memanggil seorang pembida di mana dia menjumpai barang Star Wars yang sangat bernilai dan nostalgia termasuk patung aksi yang masih di dalam bungkusan.
“Kami mempunyai ramai peminat di seluruh dunia dan berharap memperoleh jualan yang baik,” kata Aston kepada The Times.
Bahkan, tukul yang dikenali Star Destroyer Commander merupakan salah satu daripada contoh yang diketahui masih dalam bungkusan dan dijual dengan harga $42 000 (RM 172 ribu).
Palitoy Jawa yang masih di dalam bungkusan turut dipercayai hanya terdapat sepuluh set sahaja di dunia di mana memperolehi €27,280 (RM 147 ribu) termasuk bayaran servis, lapor The Times.

Satu set yang terdapat 8 patung asli dari “Return of Jedi” yang berharga €1.59 (RM 8.62) bagi setiap satu dijual pada tahun 1980-an tetapi harga kini meningkat dan berjumlah €1400 (RM 7593).
Dari topi Storm Trooper hingga aksesori mata R2D2 , sejarah daripada salah satu francais filem terbesar di dunia memperolehi hasil yang sangat mengejutkan selepas dilelong.
Pada tahun 2015, patung Luke Skywalker yang melanda pasaran pada tahun 1978 sebagai mainan kanak-kanak yang telah dijual dengan harga $25000 (RM 102 ribu) di tempat organisasi pembidaan yang dianjurkan oleh Sotheby’s dan Ebay.
Aston mengatakan bahawa pasangan tersebut menjadi sangat teruja dengan kejadian cepumas yang tidak disangkakan itu. Malah dirinya tidak mengetahui rancangan pasangan tersebut tetapi Aston beranggapan pasangan tersebut seperti memenangi loteri.
Sumber: Japan Today