Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 869 Kes Baharu COVID-19, 725 Kes Telah Sembuh Dan 6 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 869 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 869 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 42,050 kes secara keseluruhan.

Daripada 869 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 868 merupakan kes tempatan manakala 1 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 11,446 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 82 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 27 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 725. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 30,304 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 6 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 300 kes atau bersamaan dengan 0.7% secara keseluruhannya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.