Siakap Keli
Gambar: @poliziadistato

(Video) 6 Jam Perjalanan Dipendekkan Kepada 2 Jam, Polis Itali Guna Lamborghini Hantar Organ Ke Hospital

Polis Itali dilaporkan telah menggunakan kereta supercar Lamborghini jenis Huracán bagi menghantar buah pinggang pesakit yang memerlukan pembedahan segera di hospital untuk memendekkan waktu perjalanan.

Video proses penghantaran dan perjalanan tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Polis Itali melalui akaun Twitter rasminya

Video tersebut turut memapatkan bahawa bahawa mereka sempat untuk menghantar buah pinggang itu kepada pesakit tepat pada waktunya.

Menurut Reuters, perjalanan dari bandar utara Padia ke Rom lazimnya memakan masa sekitar enam jam melalui lebuh raya, namun polis tersebut berjaya sampai di sana dalam masa hanya dua jam menggunakan kereta Lamborghini mereka.

Keseluruhan perjalanan tersebut dianggarkan sejauh lebih dari 490km.

Polis berkenaan dilaporkan berjaya menghantar buah pinggang itu ke hospital Gemelli di Rom pada 20 Oktober lalu.

“Terima kasih kepada @Lamborghini Huracan kami kerana dapat menghantar buah pinggang penderma untuk pembedahan transplant kepada seorang pesakit tepat pada waktunya,” tulis polis Itali dalam Twitter.

“Untuk menyelamatkan nyawa, anda tidak semestinya memerlukan superpower – solidariti, teknologi dan kecekapan juga turut boleh membantu.”

Menurut artikel CNN yang disiarkan pada tahun 2017, Lamborghini Huracán digunakan oleh polis untuk mengangkut darah dan organ dalam keadaan darurat serta turut digunakan bagi mengejar pemandu yang melanggar had laju ditetapkan.

Kereta mewah itu juga turut dilengkapi dengan peti sejuk yang dikhususkan untuk mengangkut organ, lapor Wanted In Rome.

Sumber: au.news.Yahoo

Aqmal Ezany

I write what is right