Siakap Keli

(Video) Puluhan Bot Datang Serbu Saat Agih Bantuan, Netizen Tersentuh Dengan Misi Kemanusiaan Ardell Di Sabah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kaum Bajau Laut di perairan Sabah kini sedang ‘menikmati’ detik-detik sukar kerana perlu berhadapan dengan dua situasi yang mencengkam hidup.

Selain tinggal di penempatan yang jauh dari daratan, di sebalik pandemik COVID-19 ini mereka juga sering terputus sumber makanan.

Maka dengan itu, pelbagai agensi daripada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulur bantuan atas nama kemanusiaan.

Salah seorang insan hebat yang turut serta dalam misi bantuan ini ialah selebriti terkenal, Ardell Aryana yang menyertai NGO MyFundAction di sana.

Ardell ada berkongsi beberapa rakaman video ketika sesi bantuan disampaikan ke Instagramnya dan juga turut dikongsi kembali oleh warganet Amirul Aslam.

Bagi sesiapa yang mahu turut serta dalam misi ini, bantuan boleh disalurkan kepada MyFundAction berdasarkan maklumat di bawah ini.

Boleh juga ikuti MyFundAction di laman media sosial mereka untuk mengetahui misi-misi bantuan lain yang turut dijalankan.

Sementara itu, di bawah ini adalah paparan InstaStory yang dikemaskini Ardell sepanjang menjalankan misi bantuan tersebut.

Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram

“Bajau Laut bukan warganegara Malaysia…”

Sementara itu, ada juga beberapa netizen turut berkongsi pandangan mereka terhadap isu ini.

Sumber: Amirul Aslam, Ardell Aryana

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'