Kes penipuan online semakin kerap berlaku. Individu yang digelar ‘scammer’ ini bijak memperdaya pelanggan dengan pelbagai taktik baru yang kadang-kala seakan betul.
Terbaharu, scammer semakin advanced apabila menghantar barang kepada mangsa dengan menyamar sebagai Pos Laju, Ninja Van dan sebagainya. Ini semata-mata demi mengaburi mata pembeli melalui penghantaran barang melalui saluran yang seakan betul dan dipercayai.
Barang yang dihantar kepada mangsa oleh scammer perlu dibayar secara Cash on Delivery (COD) dan scammer akan mengaut untung sekiranya mangsa membayar harga barangan tersebut yang langsung tidak dipesan oleh mereka.
Menerusi perkongsian seorang gadis, Nur Haneefa di Twitter, rakannya menerima parcel berisi cincin yang tidak dipesan dan dikenakan caj oleh scammer dengan harga tidak masuk akal.
PLEASE TAKE NOTE!! If ada Ninja Van ke Pos Laju yang datang hantar parcel dekat rumah korang dan suruh prepare duit untuk bayar COD.
Please check that item korang beli ke tidak? Its SCAMMER!! Dia memang target sekarang siapa yang kerap beli barang online, diorang dapat detect dari sana.
Dalam kotak scammer letak barang mengarut
Terdapat juga warganet yang mengalami pengalaman yang sama apabila mereka cuba diperdayakan oleh scammer dengan taktik tersebut.
Ingat, semak dahulu barangan tersebut sama ada dibeli atau tidak sebelum membayarnya secara terus.
Barangan yang dibeli di portal rasmi pembelian atas talian seperti Shoppee, Lazada, 11street dan banyak lagi tidak mempunyai ‘option’ untuk membayar secara COD.
Sekiranya anda tidak mengambil langkah-berjaya, mungkin anda akan menjadi mangsa seterusnya.
Abah saya dekat kampung pun kena
Tak perlu bayar dan kata tak order
Sumber: Twitter @Nrhaneefa