Tiada isteri yang sanggup melihat sang suami membanting tulang, berpenat-lelah berjuang mencukupkan anak bini setiap hari. Resam hidup berumah tangga, pasti saling bantumembantu.
Berbekalkan azimat, ‘’Susah senang sama-sama kan bang’’ yang pernah diikrarkannya suatu ketika dulu, Puan Eliana Stephen bertekad untuk mencari duit poket untuk menambah pendapatan keluarga.
Biarpun mengagumi kegigihan dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh suaminya bagi memastikan kehidupan mereka selesa, Puan Eliana merasakan ada sesuatu yang boleh disumbangkan supaya beban digalas orang yang dicintainya ringan sedikit.
Menurut Puan Eliana, beliau pernah bekerja sebelum ini namun terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti sebaik sahaja menimang cahaya mata. Sejak itu, walaupun kehidupan tidaklah sesukar mana kerana suami masih bekerja, tapi cabaran kewangan memang dirasai.
Bila dari dua orang yang bekerja, tiba-tiba hanya seorang yang tinggal mencari duit, masalah tak cukup duit tu memang ada. Yelah, suaminya sebagai penjawat awam, gaji yang diperoleh setiap bulan banyak dihabiskan dekat rumah, kereta dan komitmen-komitmen lain.
Paling dikesalinya, ada satu masa mereka terpaksa meminjam duit dari orang tua bila anak sakit dan dimasukan ke hospital. Sudahlah sesak nak hulur duit dekat orang tua, malah meminjam pula dari mereka.
Bermula dari saat itu. Puan Eliana bertekad untuk menambah pendapatan keluarga. Sebagai suri rumah, beliau memanfaatkan masa yang ada dengan ‘menyelongkar’ internet mencari peluang yang ada untuk membuat duit.
Hinggalah suatu hari, beliau ditakdirkan bertemu dengan Faith Fleur, jenama kosmetik terkemuka tempatan yang sebelum ini sememangnya cukup terkenal menjadi lubuk rezeki untuk ramai anak bangsa.
Ketika itu, beliau pada asalnya hanyalah seorang pengguna produk Faith Fleur. Bila lama dah pakai, menurut Puan Eliana, selepas 3 minggu, beliau mula nampak keberkesanan dan terus berniat nak join dropship Faith Fleur.
Pelan-pelan kayuh kata orang, beliau bermula dari rumah. Langsung tiada istilah segan membuat promosi, siang dan malam masa diluangkan mencari pelanggan.
Sungguh, bila niat kita ikhlas untuk membantu suami dan keluarga, Puan Eliana mendedahkan perjalanan bisnesnya menjadi lancar dan berkembang seperti yang diharapkannya.
Berkat usaha gigih setiap hari, kini Puan Eliana sudah pun berjaya memiliki kedai sendiri dan mempunyai pejabat urusan. Kalau dahulu hanya dari rumah, kini beliau berjaya membeli sebuah Toyota Hilux yang digunakan untuk perniagaan dropship Faith Fleur.
Bak kata pepatah, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian, hari ini Puan Eliana mampu mengucapkan rasa syukur kerana ekonomi keluarganya bertambah baik. Setiap bulan, beliau mampu menghulur duit belanja kepada mak dan ayahnya.
Kalau dulu, duit gaji suami hanya cukup untuk bayar komitmen dan belanja dapur, hari ini beliau sudah mampu buat simpanan, bukan setakat simpanan peribadi malah untuk anak-anaknya sekali.
Puan Eliana juga dalam perancangan untuk mengubah suai rumahnya menjadi lebih selesa untuk mereka sekeluarga.
Betul la kata orang, jika apa yang kita buat didasari dengan niat yang betul, hasilnya pasti sungguh memuaskan. Dek kerana tidak mahu terlalu mengharapkan duit suami sepenuhnya, Puan Eliana menyertai dropship Faith Fleur untuk meringankan beban orang yang dicintai, dan hari ini Tuhan membalasnya dengan rezeki yang mencurah-curah.
Hari ini, beliau sudah pun bergelar Associate Executive Partner (AEP) dalam team leader Alpha Empire. Beliau bertekad tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan menumpukan perhatian secara serius dalam perniagaan Faith Fleur ini.
Begitupun, sebagai suri rumah, Puan Eliana tidak dapat menyembunyikan perasaannya dan memahami pahit getir yang dilalui anda di luar sana.
Mahu melihat lebih ramai suri rumah berjaya mengubah kehidupan masing-masing, beliau ingin mengajak anda semua menyertai pasukannya untuk bersama-sama menjana pendapatan menjadi dropship Faith Fleur.
Jika Puan Eliana mampu mengubah kehidupannya dan kini bergelar jutawan, anda juga pasti boleh melakukannya. Hanya ‘copy’ dan ‘paste’ sahaja apa yang Puan Eliana buat.
Untuk maklumat lanjut, hubungi atau WhatsApp 011-51875068 atau layari www.faithfleur.my.