Siakap Keli

5 Jenis Buah Yang Mengadungi Serat Tinggi Baik Untuk Tubuh

Setiap hari, lelaki dewasa disarankan untuk mengamalkan 38 gram serat manakala wanita  hanya memerlukan 25 gram serat. Untuk memenuhi keperluan serat harian kita, cubalah amalkan pelbagai buah yang mengandungi serat yang tinggi. Selama ini, serat dikenali sebagai zat yang mampu mencegah masalah pencernaan. Namun sebenarnya, kemampuan serat jauh lebih besar dari itu.

Tidak banyak yang tahu kalau serat juga boleh menurunkan berat badan, mencegah diabetes, menurunkan risiko penyakit jantung dan juga barah. Ketika tubuh kekurangan serat, gejala-gejala merugikan akan muncul, seperti sembelit, kenaikan berat badan, gula darah melonjak tinggi dan mual-mual. Tentunya, anda tidak mahu mengalami gejala ini. Untungnya, memenuhi keprluan serat harian  tidaklah susah, kita hanya perlu amalkan makan buah-buahan yang tinggi dengan serat ini secara konsisten.

1. Pisang

Selain rasanya yang lazat, ternyata pisang juga tinggi dengan kandungan serat. Setiap 100 gram pisang mengandung 2.6 gram serat yang dapat memberikan kesihatan pada tubuh kita. Bukan sekadar itu, pisang juga mengandung banyak nutrisi lain seperti vitamin C, vitamin B6 dan kalium.

2. Raspberry

Meskipun raspberry kurang familiar dalam kalangan masyarakat Malaysia, ternyata buah ini mengandungi serat yang tinggi. Dalam 100 gram buah raspberry, terkandung 6.5 gram serat di dalamnya. Selain itu, buah ini juga mengandung vitamin C.

3. Epal

Epal adalah buah yang sangat lazat dan mudah ditemukan, sama ada di pasar mahupun pasar raya. Buah ini mengandungi 2.4 gram serat di setiap 100 gram. Tambahan lagi, epal juga mengandungi pelbagai antioksidan seperti quercetin, katekin, phloridzin, dan asam klorogenat yang baik untuk kesihatan.

4. Avocado

Tidak jauh beza dengan raspberry, avocado juga termasuk dalam kalangan buah yang mempunyai serat yang tinggi. Kandungan seratnya amat tinggi iaitu 6.7 gram di setiap 100 gram. Selain tinggi serat, buah ini juga mengandungi lemak baik untuk tubuh kita. Bukan hanya itu, avocado diperkaya dengan vitamin C, kalium, magnesium, vitamin E, dan berbagai macam vitamin B.

5. Strawberi

Meskipun ukurannya kecil, ternyata strawberi adalah buah yang kandungan nutrisinya agak tinggi. Buah ini mengandungi vitamin C dan berbagai antioksidan yang dapat menjaga tubuh kita dari sebarang penyakit. Selain itu, strawberi juga mengandungi 2 gram serat di setiap 100 gram.

 

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.